Pages

Wednesday, October 19, 2011

::Rasa sunyi::

"..kesunyian ini terlalu indah.." satu bait dari lagu nyanyian Iklim satu masa dahulu.

Itulah yg aku rasa sekarang.Sunyi tapi indah.

Aku tak kata selesa aku tak kata seronok.tapi sunyi aku rasa lain.kejap tenang kejap sgt kosong.

Amik part yg best jelah ea?bosan nak tulis part sedih memanjang.cukuplah ramai yang da cop aku emo.huhu.

Best sunyi sbb sunyi ni bkn sbb aku lepas gaduh dgn boyf.(oh tu pun kalau ada)

Best sunyi sbb sunyi ni bkn sbb aku jenis yg huhahuha tetiba tade member nak ajak melepak.(aku ramai teman2 dan sahabat2 yg baik,yg menghargai aku dan menyayangi aku.yg mnjalin ukhwah keranaNya.terima kasih)

Best sunyi sbb sunyi ni bkn sbb aku hilang sape yg aku treasure bagai nak rak mcm dulu.(aku da belajar syg org berpada.menghargai org berpada.meletakkan kasih Allah sbg yg utama)

Sunyi ni sbb aku rasa tenang tenggelam dalam dunia aku sendiri.sunyi ni sbb aku rasa indahnya merindui kasih yg Satu tu berbanding kasih manusia yg beribu.sunyi ni sbb aku layan jiwa aku dan bukan org lain terlebih dahulu.sunyi ni sbb aku kena berperang dgn sifat diri yg masih jahil serba serbi dan bersaing dengan kelemahan diri utk mencari tahap kebaikan yg tgi di sisiNya.

Seronok rasa sunyi ni.sunyi yg mcm ni.berbaloi kalau nak smpai mengalirkan air mata sekalipun.

Wednesday, September 7, 2011

:: Hati jadi bunga ::

Hati jadi bunga bukan sebab ada orang puji. Tapi kerana ada rama-rama yg menyinggah di situ. :)

Friday, July 29, 2011

:: Merenung diri ::

..Teringat zaman itu, sewaktu darah sentiasa panas. Cepat benar hati mendidih biarpun kerana sebab yang kecil. Diri kerap merungut tiap kali ditimpa musibah. Jarang minda dan hati bertaut sekali. Apa yang minda katakan, hati nafikan. Apa yang hati rasa, minda tak boleh nak terima. 

..Masa itu, pintu tidak ditutup tapi dihempas kuat. Masa itu, barang tidak diletak tapi dicampak. Masa itu, mulut tidak diam tapi merungut berpanjangan. Malah masa itu, ibu bapa tidak didengari, tapi diingkari. Astaghfirullahalaziim..ke mana pesongan aku waktu dahulu..siapakah aku waktu dahulu?

..Kini dikenang semula, banyak rasanya terbazir masa. Sedih dengan kisah silam sendiri. Nak ubah apa yang dah terjadi, mustahil sekali. Umur semakin meningkat, saat kian berlalu. Bila sampai masa dipanggil kembali, adakah cukup persediaan setakat ini? 

SEBENTAR..

Adakah diri dah mula buat persediaan sebenarnya? 
Adakah sudah kuat hati untuk berubah?
Kukuhkan rasa istiqamah ini?

Ya Allah, ingin aku menghadapMu dalam kemuliaan bukan kehinaan. Perkenankanlah doa ini, Ya Allah

:: setiap kejadian ada hikmah, baik dalam dugaan mahupun kesenangan. Alhamdulillah, dicurahkan idea walaupun tidak sihat. ::

Sunday, July 17, 2011

:: Writer's Block::

Just now a brother told me, if you can't express your thought in writing, why not do it in a different way; such as putting up an image maybe? ~Thanks brother~

Monday, July 11, 2011

::Monolog Perasaan::

Ingin melukis hati,namun ia rumit
Ingin melahir perasaan,namun ia abstrak
Ingin mengalir air mata,namun ia sedih
Ingin mengukir kata,namun ia buntu
Ingin mengajak bicara,namun ia dingin
Ingin memutar masa,namun ia mustahil
Ingin memohon maaf,namun ia terbiar

Sunday, July 3, 2011

::We are one::

biar jauh mana tuan hamba berkelana, pasti kembali bersua hamba. bukankah kita bersaudara?

sungguh benar kata-kata anda, wahai sahabat dan saudara
InsyaAllah
We'll be as close as heart and beat, flesh and blood
Let us not stop praying on that

Tuesday, May 10, 2011

:: Ombak Besar ::

Jangan dibiarkan aku karam di tengah lautan yang bisa melemaskan.

Kau ialah kapal yang aku naiki
Kau nakhoda yang memandu arah perjalanan ini
Jangan dibawa daku pada ombak yang melambung
Jangan dihala kita ke laut tengah yang bergelora

Khuatirnya aku jika tenggelam kau hilang dan aku mati





- Posted using BlogPress from my iPhone